Tuesday, June 9, 2009

Kawan lamaku Ros 'Aini Idris

Hari ini 9/6/09 aku rasa gembira kerana telah berjumpa dengan salah seorang kawan lamaku iaitu Ros 'Aini Idris. Dulu aku sekelas dengannya di SMPT. Ah, lupa pulak masa tu tingkatan 1 ke tingkatan 2. Ros' Aini tak lama kat SMPT sebab bapanya masa 2 adalah seorang anggota polis, jadi keluarga Ros 'Aini banyak kali kena berpindah, disebabkan tuigas yang memerlukan. Takpa la yang penting aku telah berjaya bertemu dengan kawanku itu setelah hampir 30 tahun tak berjumpa. Itulah dia kuasa Allah, sekiranya Dia mahu sesuatu terjadi, maka ianya akan terjadi jua.
Riak muka kawanku itu amat mesra sekali walaupun sudah terlalu lama terpisah. Keakrabannya membuatkan aku kagum dan gembira kerana jelas terpancar diwajahnya keihlasan ketika menerima kunjungan aku ke pejabatnya yang terletak di Keramat Permai belakang pejabat KRU. Ya, Ros 'Aini kini telah menjadi seorang peguam syarie. Ini sesuatu yang menarik kerana rata-rata kawan2 lama aku kebanyakannya bekerja makan gaji, Ros 'Aini pula mencuba sesuatu yang lain iaitu menjadi peguam, satu kerjaya yang menarik kerana membantu orang-orang yang memerlukan khidmatnya, tapi kenalah bayar yuran perkhidmatannya kan.
Aku tak lama kat pejabat dia kerana ada pelanggan yang akan datang jadi aku dan Ros 'Aini banyak bercerita masa sekolah dulu. Aku juga menghubungi Magretta (kawan baikku) untuk bercakap dengan Ros 'Aini. Sebenarnya Magretta telah terputus hubungan dengan Ros 'Aini, aku pula baru 2 3 hari lepas cari Ros 'Aini. Nampaknya lepas ni bolehla aku cuba cari kawan2 lama satu kelas dulu.
Nama-nama seperti Lau Sai Suan, Wen Sy, Yew Ling, Sabitah, Wan Hasnah, Zulkarnain, Mohd Najib, Firdaus, Abd Rahman, Zulkifle Mohd Said terkeluar semasa aku dan Ros 'Aini bercerita. Menurut Ros 'Aini kalau berjumpa dengan kawan2 ku itu mungkin dia dah lupa macam mana rupa dia orang, tapi yang herannya boleh pulak dia ni cam muka aku. Aku pun tak faham la. Tapi bagus jugak, tak susah aku nak menerangkan aku ni awal ke akhir sebab aku ni ada saudara kembar, jadi masa kat sekolah dulu ramai kawan-kawan aku confuse mana satu awal atau akhir. Tak kesah la tu asalkan kawan-kawan lama terima aku sebagai awal atau akhir, yang penting kawan sampai akhir hayat, itu lagi bagus.
Lebih kurang jam 4 ptg aku pun balik la, hajat aku untuk berjumpa dengan kawan lama dah tertunai. Syukur kepada Allah. Lepas ni aku nak cuba cari yang lain pula. Mudah-mudahan aku berjaya kelak.

No comments:

Post a Comment