Sunday, May 24, 2009

Rumah Wani

23/05/09 yang lalu aku sekeluarga ke rumah baru Wani yang terletak di Ampang. Rumahnya agak besar dan dan diubahsuai. Aku ke sana bersama ahli keluargaku dan mempunyai tugasan untuk memimpin bacaan Yaasin sempena merasmikan rumah baru dan tahlil arwah ibu & bapa mertuaku. Ibu dan bapa mertua Wani serta 3 orang adik iparnya juga ada di sana. Ku lihat ramai kwn2 sepejabat Wani yang hadir. Mizi juga menjemput kariah surau ke rumahnya di samping jiran-jiran barunya. Turut hadir adalah Kak Odah, Sarip, Kak I, Juju dan tunangnya, Kidkid dan tunangnya, Zura dan suaminya serta Shawn, Kak Mimah, Abg Hadi, Amy, Ida, Hadji & isteri, Kak Dimah & Adik, dan ramai lagi termasuk wakil B9. Segala-galanya berjalan lancar walaupun sebelum itu hujan turun tetapi tidaklah lebat. Aku dapati anakku dan sepupunya suka sangat bermain di bilik Anis, mungkin kerana bilik tu ada aircond, jadi budak2 tu tidaklah rasa panas kerana sejuk di situ. Aku dan familiku pulang jam 12.00tgh malam setelah habis berkemas. Aku harap Wani & Mizi serta anak2 mereka akan lebih selesa tinggal di rumah baru itu. Aku pula tengah mengumpul wang untuk membaiki rumahku yang rosak di Bangi. Tak taulah bila betul-betul boleh masuk.

No comments:

Post a Comment