Friday, May 22, 2009

Rakanku Julai

Hari tu, 20/05/09 aku makan bersama rakan lama ku yang bernama Julaihana dan suaminya Razi or Radzi. Aku masih mengenali rupa Julai walupun dah lama tak berjumpa sejak tahun 1983. Sebenarnya aku dapat no. untuk contact Julai pun dari emaknya yang kunjungi pada hari Selasa 19/05/09. Sementara aku tunggu dalam kereta aku cuba membayangkan bagaimanakah rupa Julai. Dahulu muka dia gelap sedikit. Apabila di dekat di kereta aku baru aku perasan bahawa mukanya tidak berubah kecuali badannya yang dah berisi, almaklumkah orang dah kawin. Mukanya yang sentiasa tersenyum membuatkan aku sebak kerana mengingatkan aku kembali kenangan di sekolah bersama kakaknya yang merupakan rakan segelanggang silat di sekolah dulu. Aku rasa kagum dengan keihklasan Julai ketika bercerita dengan ku dan sesungguhnya Julai tidak berasa kekok walaupun telah lama tidak berjumpa. Pada waktu itu yang banyak berkata-kata hanyalah Julai, aku sekadar mengangguk-anggukkan kepala sambil makan nasi berlaukkan ayam kampung. Begitu jua suami Julai, hanya sedikit sahaja mencelah , mungkin baru pertama kali berjumpa aku, aku pun sama jugak tak berborak. Tak dapat aku bayangkan betapa gembira nya aku dapat berjumpa lagi dengan salah seorang rakan ku yang lama terpisah disebabkan masing-masing dah berkeluarga dan mencari rezeki utk anak-anak. Ya, Julai telah pun mempunyai 5 orang anak, aku baru 3, dan semalam 21/05/09 isteriku telah memberitahu bahawa ada seorang lagi akan menyertai abang dan kakaknya melihat dunia baru ini, insyaAllah. Begitu pun aku berasa sangat insaf kerana Julai masih lagi menghormati aku dan menyapa dengan penuh kemesraan. Inilah kehidupan dan realiti, bahawa ada rakan lama kita yang masih mengingati segala kenangan lama dan sentiasa menggenggam erat kenangan tersebut untuk meneruskan kehidupan dan menghadapi masa depan yang sering mencabar. Keinsafan ini membuatkan aku rasa sungguh gembira dan syahdu apabila melihat kembali senyuman Julai yang tidak pernah berubah. Julai yang ku kenal dari dulu lagi kini telah berubah menjadi seorang yang matang dan amat positif. Hari itu Julai belanja aku makan, terima kasih untukmu dan suamimu, semoga Allah akan sentiasa memberi rahmat kepadamu dan keluargamu.

No comments:

Post a Comment