Tuesday, June 9, 2009

Kawan lamaku Ros 'Aini Idris

Hari ini 9/6/09 aku rasa gembira kerana telah berjumpa dengan salah seorang kawan lamaku iaitu Ros 'Aini Idris. Dulu aku sekelas dengannya di SMPT. Ah, lupa pulak masa tu tingkatan 1 ke tingkatan 2. Ros' Aini tak lama kat SMPT sebab bapanya masa 2 adalah seorang anggota polis, jadi keluarga Ros 'Aini banyak kali kena berpindah, disebabkan tuigas yang memerlukan. Takpa la yang penting aku telah berjaya bertemu dengan kawanku itu setelah hampir 30 tahun tak berjumpa. Itulah dia kuasa Allah, sekiranya Dia mahu sesuatu terjadi, maka ianya akan terjadi jua.
Riak muka kawanku itu amat mesra sekali walaupun sudah terlalu lama terpisah. Keakrabannya membuatkan aku kagum dan gembira kerana jelas terpancar diwajahnya keihlasan ketika menerima kunjungan aku ke pejabatnya yang terletak di Keramat Permai belakang pejabat KRU. Ya, Ros 'Aini kini telah menjadi seorang peguam syarie. Ini sesuatu yang menarik kerana rata-rata kawan2 lama aku kebanyakannya bekerja makan gaji, Ros 'Aini pula mencuba sesuatu yang lain iaitu menjadi peguam, satu kerjaya yang menarik kerana membantu orang-orang yang memerlukan khidmatnya, tapi kenalah bayar yuran perkhidmatannya kan.
Aku tak lama kat pejabat dia kerana ada pelanggan yang akan datang jadi aku dan Ros 'Aini banyak bercerita masa sekolah dulu. Aku juga menghubungi Magretta (kawan baikku) untuk bercakap dengan Ros 'Aini. Sebenarnya Magretta telah terputus hubungan dengan Ros 'Aini, aku pula baru 2 3 hari lepas cari Ros 'Aini. Nampaknya lepas ni bolehla aku cuba cari kawan2 lama satu kelas dulu.
Nama-nama seperti Lau Sai Suan, Wen Sy, Yew Ling, Sabitah, Wan Hasnah, Zulkarnain, Mohd Najib, Firdaus, Abd Rahman, Zulkifle Mohd Said terkeluar semasa aku dan Ros 'Aini bercerita. Menurut Ros 'Aini kalau berjumpa dengan kawan2 ku itu mungkin dia dah lupa macam mana rupa dia orang, tapi yang herannya boleh pulak dia ni cam muka aku. Aku pun tak faham la. Tapi bagus jugak, tak susah aku nak menerangkan aku ni awal ke akhir sebab aku ni ada saudara kembar, jadi masa kat sekolah dulu ramai kawan-kawan aku confuse mana satu awal atau akhir. Tak kesah la tu asalkan kawan-kawan lama terima aku sebagai awal atau akhir, yang penting kawan sampai akhir hayat, itu lagi bagus.
Lebih kurang jam 4 ptg aku pun balik la, hajat aku untuk berjumpa dengan kawan lama dah tertunai. Syukur kepada Allah. Lepas ni aku nak cuba cari yang lain pula. Mudah-mudahan aku berjaya kelak.

Sunday, May 24, 2009

Rumah Wani

23/05/09 yang lalu aku sekeluarga ke rumah baru Wani yang terletak di Ampang. Rumahnya agak besar dan dan diubahsuai. Aku ke sana bersama ahli keluargaku dan mempunyai tugasan untuk memimpin bacaan Yaasin sempena merasmikan rumah baru dan tahlil arwah ibu & bapa mertuaku. Ibu dan bapa mertua Wani serta 3 orang adik iparnya juga ada di sana. Ku lihat ramai kwn2 sepejabat Wani yang hadir. Mizi juga menjemput kariah surau ke rumahnya di samping jiran-jiran barunya. Turut hadir adalah Kak Odah, Sarip, Kak I, Juju dan tunangnya, Kidkid dan tunangnya, Zura dan suaminya serta Shawn, Kak Mimah, Abg Hadi, Amy, Ida, Hadji & isteri, Kak Dimah & Adik, dan ramai lagi termasuk wakil B9. Segala-galanya berjalan lancar walaupun sebelum itu hujan turun tetapi tidaklah lebat. Aku dapati anakku dan sepupunya suka sangat bermain di bilik Anis, mungkin kerana bilik tu ada aircond, jadi budak2 tu tidaklah rasa panas kerana sejuk di situ. Aku dan familiku pulang jam 12.00tgh malam setelah habis berkemas. Aku harap Wani & Mizi serta anak2 mereka akan lebih selesa tinggal di rumah baru itu. Aku pula tengah mengumpul wang untuk membaiki rumahku yang rosak di Bangi. Tak taulah bila betul-betul boleh masuk.

Friday, May 22, 2009

SMPT 5P

Aku tak jumpa lagi kwn2ku yang 1 kelas denganku. Terbaru Lau Sai Suan ada kat US, Wen Sy ada kat bangi kot, Kak Long ada di KL, Bob Kasem tak tau mana pergi, Jefri aku rasa tinggal kat taman permata ke, yang lain2 tak tau mana. Tahun lepas salah seorang rakan baikku Jumali Rahmat telah meninggal dunia akibat darah tinggi. Sebenarnya aku ada berbual beberapa kali dengan arwah Jumali sebelum tu tapi tidak menunujukkan tanda-tanda sakit. Mungkin Allah lebih menyayanginya, apa pun aku harap kita yang masih tinggal ini sentiasa bersabar akan apa yang berlaku dan sentiasa mengambil kesempatan yang ada untuk menginsafi kehidupan kita yang sentiasa menghadapi bermacam masalah, cabaran dan kesulitan sepertiman orang lain jua. Aku berharap kalau ada rakan-rakan 5P yang terbaca ni marilah kita bersatu kembali, bukannya apa kita pun nak tau berita terbaru. Adios, jumpa lagi......

Rakanku Julai

Hari tu, 20/05/09 aku makan bersama rakan lama ku yang bernama Julaihana dan suaminya Razi or Radzi. Aku masih mengenali rupa Julai walupun dah lama tak berjumpa sejak tahun 1983. Sebenarnya aku dapat no. untuk contact Julai pun dari emaknya yang kunjungi pada hari Selasa 19/05/09. Sementara aku tunggu dalam kereta aku cuba membayangkan bagaimanakah rupa Julai. Dahulu muka dia gelap sedikit. Apabila di dekat di kereta aku baru aku perasan bahawa mukanya tidak berubah kecuali badannya yang dah berisi, almaklumkah orang dah kawin. Mukanya yang sentiasa tersenyum membuatkan aku sebak kerana mengingatkan aku kembali kenangan di sekolah bersama kakaknya yang merupakan rakan segelanggang silat di sekolah dulu. Aku rasa kagum dengan keihklasan Julai ketika bercerita dengan ku dan sesungguhnya Julai tidak berasa kekok walaupun telah lama tidak berjumpa. Pada waktu itu yang banyak berkata-kata hanyalah Julai, aku sekadar mengangguk-anggukkan kepala sambil makan nasi berlaukkan ayam kampung. Begitu jua suami Julai, hanya sedikit sahaja mencelah , mungkin baru pertama kali berjumpa aku, aku pun sama jugak tak berborak. Tak dapat aku bayangkan betapa gembira nya aku dapat berjumpa lagi dengan salah seorang rakan ku yang lama terpisah disebabkan masing-masing dah berkeluarga dan mencari rezeki utk anak-anak. Ya, Julai telah pun mempunyai 5 orang anak, aku baru 3, dan semalam 21/05/09 isteriku telah memberitahu bahawa ada seorang lagi akan menyertai abang dan kakaknya melihat dunia baru ini, insyaAllah. Begitu pun aku berasa sangat insaf kerana Julai masih lagi menghormati aku dan menyapa dengan penuh kemesraan. Inilah kehidupan dan realiti, bahawa ada rakan lama kita yang masih mengingati segala kenangan lama dan sentiasa menggenggam erat kenangan tersebut untuk meneruskan kehidupan dan menghadapi masa depan yang sering mencabar. Keinsafan ini membuatkan aku rasa sungguh gembira dan syahdu apabila melihat kembali senyuman Julai yang tidak pernah berubah. Julai yang ku kenal dari dulu lagi kini telah berubah menjadi seorang yang matang dan amat positif. Hari itu Julai belanja aku makan, terima kasih untukmu dan suamimu, semoga Allah akan sentiasa memberi rahmat kepadamu dan keluargamu.

Saturday, May 16, 2009

ex smpt82

Assalamualaikum, ini cubaan aku untuk post ke blg smpt82. Aku da cuba bnyk kali dan tanya kat md noh, tq bnyk2. Apa pun aku ingin menyatakan bahawa kau terasa rindu dan gembira dngan adanya blg smpt82 yang dibuata khusus utk kwn2 lama kita. Aku harap kwn2 lama yang terbaca blog ini akan join sekali, bukan apa, kita pun nak tau apa cerita skrg, samada kwn2 lama kita ada yang sihat, sakit berjaya ke tidak mencapai cita-cita kita yang selaulu kita azamkan masa seklah dulu. Aku pun bukannya bejaya sangan tapi Alhamdulillah aku dan family cukup dengan apa yang ada. Aku harap kita yang ada sekarang ni kena bnyk@ bersabar dan terus berusaha utuk masa depan kita, ana2 dan isteri

Wednesday, April 8, 2009

ape cerita baik?

aku nak tau apa yang korang nak tau pasal poltik hari ni. Bagus? Tak Bagus? klu x bagus bagila cadangan. klu bagu bantulah dier orang supaya jadi lebih bagus